Login   /   Register   /   Create Post   /   Create Directory
PaSangLang  .com 

K L A N G    C O M M U N I T Y

Advance Search
   
22,835    0    0    0
Post by Mr PaSang   #111139    |    Jan 19, 2016, 12:25pm   |    News
Previous    Next
PaSangLang Rating  :   Like 0    Dislike 0
KLANG, 16 JAN: Kompleks Sukan Pandamaran dinaiktaraf dan dijangka siap Mei depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin, berkata projek menaik taraf kompleks sukan seluas 27 ekar itu merupakan inisiatif ke arah memenuhi kehendak pelanggan taman awam.

Katanya, ia bagi pengunjung menikmati pengalaman beriadah dan bersukan yang lebih selesa khususnya kepada warga Klang.

MPK stadium“Kerja menaiktaraf kompleks sukan ini melalui perancangan pelan induk yang seimbang daripada aspek kawalan lalu lintas, pembahagian ruang aktiviti untuk pelbagai golongan.

“Ia juga bagi penyediaan kemudahan asas yang mencukupi di samping mewujudkan hutan bandar dan kehijauan landskap yang menarik,” katanya dalam kenyataan.

Yasid berkata kerja menaiktaraf kawasan dilaksanakan melalui tender secara terbuka dan perlaksanaannya bermula pada 16 Disember 2015 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 29 Mei 2016.

“Antara kemudahan yang dinaiktaraf dan dibina ialah tempat meletak kenderaan yang lebih banyak dan tersusun.

“Selain itu, infrastruktur mesra pengguna untuk semua golongan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) serta kapasiti set bersepadu alat permainan kanak-kanak yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata projek itu juga membabitkan pembinaan surau, tandas awam dan pejabat kawalan yang lebih selesa.

“Pada masa yang sama menyediakan aspek pencahayaan maksimum termasuk di kawasan padang bola dan dataran serbaguna dengan keluasan dianggarkan sebanyak 3,740 meter persegi,” katanya.

Antara kemudahan lain ialah pengunjung bakal menikmati kemudahan Wifi percuma dan kerja pelebaran laluan pejalan kaki dan trek jogging sedia ada akan dijalankan serta penambahan bangku taman, tong sampah, meja ‘picnic’ dan papan tanda untuk kemudahan warga setempat beriadah apabila siap kelak.

Sehubungan itu, katanya, pengunjung juga dinasihatkan berhati-hati apabila mengunjungi kawasan sekitar ketika kerja dijalankan atau tidak melalui lokasi terlibat bagi mengelak kejadian tidak diingini terutama bagi mereka yang membawa anak-anak kecil bersiar-siar di situ pada waktu petang.

source from : Selangorku
Login is required to join this conversation
 
 Sponsored 
 Related post for News 
•  Policeman by day, pimp by night: Klang vice raid yields surprise find
•  Selangor Sultan launches Klang's Raja Muda Nala bridge
•  Dramatic brawl rattles Klang neighbourhood
•  Police officer among two injured in Klang mob attack
•  A famous supermarket chain in Klang found harbouring illegal foreign workers
•  Man in car crash survives 3m fall from flyover onto busy roundabout in Klang
•  MPK: We have no funds to fix facility at Stadium Sultan Sulaiman
•  Klang's rundown Stadium Sultan Sulaiman puts users at risk
More ...
 Klang Weather Today ! 
 Join Us on Facebook 






Infomation
About Us
Contact Us
FAQ
Advertise with us
Why Us ?
Our Package
Our Sites
Klang Deals !
Klang Directory
Monthly Pick
Album
Weather Forecast
Air Pollutant Index
Klang Agent
Properties
Car
Insurance
Pest Control
Internet Plans
Website / Software
Forum Topic
News Events Job Vacancy
Services Property Finance Community & Awareness
Entertainment Attractions Food
Health & Wellness Digital & IT Trading
Promotion Others
Terms of Use  •   Privacy Notice   Copyright ©2017 Pasanglang.com  •  All Rights Reserved