Login   /   Register   /   Create Post   /   Create Directory
PaSangLang  .com 

K L A N G    C O M M U N I T Y

Advance Search
   
22,934    0    0    0
Post by Mr PaSang   #111139    |    Jan 09, 2016, 10:53pm   |    News
Previous    Next
PaSangLang Rating  :   Like 0    Dislike 0
KLANG: Peniaga Pasar Besar Klang di sini, yang gagal menjaga kebersihan premis perniagaan mereka akan dikenakan kompaun sehingga RM2,000.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Adi Faizal Ahmad Tarmizi, berkata tindakan itu diambil berikutan kegagalan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan Undang-Undang Kecil Pasar MPK 2007, sehingga menyebabkan kehadiran lipas dan tikus yang banyak.

"Peniaga di pasar besar yang rata-rata sudah beroperasi sejak 20 tahun lalu sepatutnya sedia maklum mengenai kepentingan untuk memastikan kebersihan di kawasan pasar pada setiap masa.

"Keadaan pasar yang kotor akan mengundang haiwan perosak yang akan membawa pelbagai kesan sampingan lain seperti jangkitan penyakit. Kebersihan pasar ini tidak banyak berubah dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap peniaga.

"Melihat kepada kebersihan pasar yang berada pada tahap tidak memuaskan, tidak mustahil pengunjung serik untuk berbelanja di sini serta lebih selesa berkunjung ke pasar raya," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Operasi Pembersihan Pasar Besar Klang di sini, hari ini.

Adi berkata, dalam operasi itu, sebanyak 449 premis diperiksa dan 40 notis pematuhan dikeluarkan terhadap peniaga. "Selain Pasar Besar Klang, dua lagi lokasi pasar iaitu di Pelabuhan Klang dan pasar petang di Kapar akan dipantau dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, peniaga, Mohd Nizam Salimin, 67, berkata beliau menyambut baik tindakan MPK untuk lebih kerap turun padang menjalankan pemantauan. "Kita akui keadaan pasar akan lebih teruk dan kotor pada hari minggu kerana pasar akan dipenuhi pengunjung, tetapi ia bukan alasan untuk peniaga tidak menjaga kebersihan," katanya yang sudah lapan tahun berniaga sayur di pasar berkenaan.

Pengunjung, S.Daivanai, 48, berkata walaupun tinggal berdekatan dengan pasar itu, beliau jarang membeli berkunjung ke sana kerana tidak selesa dengan persekitarannya yang kotor. "Sudah lama saya tidak membeli barang keperluan di pasar ini kerana saya lebih selesa membeli barang di pasar raya. Di sini, mahu jalan pun susah kerana lantai licin dan dipenuhi sisa jualan peniaga," katanya.



Soure from: Berita Harian
Login is required to join this conversation
 
 Sponsored 
 Related post for News 
•  Policeman by day, pimp by night: Klang vice raid yields surprise find
•  Selangor Sultan launches Klang's Raja Muda Nala bridge
•  Dramatic brawl rattles Klang neighbourhood
•  Police officer among two injured in Klang mob attack
•  A famous supermarket chain in Klang found harbouring illegal foreign workers
•  Man in car crash survives 3m fall from flyover onto busy roundabout in Klang
•  MPK: We have no funds to fix facility at Stadium Sultan Sulaiman
•  Klang's rundown Stadium Sultan Sulaiman puts users at risk
More ...
 Klang Weather Today ! 
 Join Us on Facebook 






Infomation
About Us
Contact Us
FAQ
Advertise with us
Why Us ?
Our Package
Our Sites
Klang Deals !
Klang Directory
Monthly Pick
Album
Weather Forecast
Air Pollutant Index
Klang Agent
Properties
Car
Insurance
Pest Control
Internet Plans
Website / Software
Forum Topic
News Events Job Vacancy
Services Property Finance Community & Awareness
Entertainment Attractions Food
Health & Wellness Digital & IT Trading
Promotion Others
Terms of Use  •   Privacy Notice   Copyright ©2017 Pasanglang.com  •  All Rights Reserved