Login   /   Register   /   Create Post   /   Create Directory
PaSangLang  .com 

K L A N G    C O M M U N I T Y

Advance Search
   
36,630    0    0    0
Post by Administrator   #111157    |    Oct 16, 2014, 2:19pm   |    Attractions
Previous    Next
PaSangLang Rating  :   Like 0    Dislike 0


Jambatan Kota dibina pada bulan Mei 1957 oleh Syarikat British Dorman Long Bridge and Engineering Ltd. Ia merupakan jambatan dua (2) tingkat yang pertama pernah didirikan di Persekutuan Tanah Melayu.

Sebelum perang dunia kedua, Jambatan Belfield yang dibina dalam tahun 1907 merupakan jambatan penghubung utama penduduk kedua-dua bahagian sungai.

Jambatan Kota (dua hala) ini dibina untuk menggantikan dua Jambatan Pontoon (jambatan sebelum Jambatan Kota), Sydney dan Madras yang dibina Tentera British pada tahun 1945.

Jambatan Kota merupakan antara jambatan bersejarah di Malaysia kerana ia dibina sebelum tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

Bahagian atasnya dibina khas untuk laluan kenderaan berat seperti bas, lori dan kereta manakala di bahagian bawah ialah untuk basikal, beca dan orang berjalan kaki.

Secara terperincinya, Jambatan Kota dirasmikan pada pukul 5:15 petang, 24 Jun 1959, oleh Almarhum DYMM Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sempena pertabalan Baginda sebagai Sultan Selangor yang Ke-9.

Kos pembinaannya menelan belanja hampir RM7 juta. Diperingkat awal pembinaan Jambatan ini, seorang pekerja berbangsa Cina telah mati. Jambatan dua tingkat sepanjang 500 meter ini dibina menggunakan struktur besi merentasi Sungai Klang dan ia ditutup untuk kegunaan orang ramai pada 21 Januari 1992.

Source: Klang Bandar DiRaja
Login is required to join this conversation
 
 Sponsored 
 Related post for Attractions 
•  Learn the history of Klang through the Royal Klang Heritage Walk
•  Restoring the shine to Klang's Little India
•  10 places to visit in Klang
•  Quirks of living in Klang
•  Star2 Monthly Challenge: Crowing about Klang
•  皇朝吧生古迹漫步游
•  Stretching from Bukit Nanas to Klang river bank been found
•  Aquaria KLCC
More ...
 Klang Weather Today ! 
 Join Us on Facebook 






Infomation
About Us
Contact Us
FAQ
Advertise with us
Why Us ?
Our Package
Our Sites
Klang Deals !
Klang Directory
Monthly Pick
Album
Weather Forecast
Air Pollutant Index
Klang Agent
Properties
Car
Insurance
Pest Control
Internet Plans
Website / Software
Forum Topic
News Events Job Vacancy
Services Property Finance Community & Awareness
Entertainment Attractions Food
Health & Wellness Digital & IT Trading
Promotion Others
Terms of Use  •   Privacy Notice   Copyright ©2017 Pasanglang.com  •  All Rights Reserved